By: Irfan Syah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 11-May-2008 05:59 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Ibu..

 
 
 
 
 
 
 
 
Pada hari Ahad Minggu Kedua Bulan Mei setiap tahun , Hari Ibu disambut oleh masyarakat seluruh dunia. Tidak terkecuali di negara bertuah ini.

Persoalannya, di manakah anda menyambut Hari Ibu? Apakah hadiah teristimewa buat ibu yang melahirkan dan membesarkan anda? Apakah hadiah paling romantis telah anda sediakan buat isteri yang melahirkan anak-anak anda? Pernahkan anda dengar....

“Syurga di bawah tapak kaki ibu”

“Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia”

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu  

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Bagaimana Hari Ibu boleh dirayakan?

Mungkin ramai daripada kita yang telah melakukannya,
namun berikut beberapa cara untuk merayakannya?

Ziarahlah ibu bila ada kesempatan. Sebelum kamu terpaksa menziarah pusaranya...

Kirimkan ibu walaupun lima puluh ringgit. Namun wang bukan impiannya, hanya ingatan jadi taruhan

Andai ibumu telah pergi.. kamu juga SANGAT beruntung kerana anak yang soleh selalu berpeluang mengirimkan doa untuk ibunya!

Hubungilah ibu hari ini, jangan tangguhkan ke hari esok, kerana esok belum tentu

Walau siapa pun ibu anda, walau bagaimanapun dia, apapun pandangan anda terhadap ibu anda, dialah satu-satunya, tiada dua atau tiga.

Walaupun kita diberi peluang memberikan segala-galanya untuk ibu, kita pasti masih tidak dapat membalas jasanya.

Pimpinlah tangan IBU semasa IBU masih boleh berjalan bersama-sama,
Renunglah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat,
Berbuallah dengan IBU semasa IBU masih lagi boleh mendengar,
Berilah ucap sayang kepada IBU semasa IBU masih lagi boleh memahaminya..
Buat Semua Ibu…”SELAMAT HARI IBU”

Emak & Abah



Emak melahirkan kami 4 beradik....la ni sume dah besar...


Ibu Mertuaku


Irfan & Ibu

Sempena Hari Ibu tahun ni, Ina nak ucapkan, semoga mak dan emak mertua Ina sentiasa diberi kesihatan yg baik oleh Allah Taala, dimurahkan rezki, dipanjangkn umur dan bahagia selalu...ada rezki kami akan balik kampung yer..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net