By: Irfan Syah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Sep-2007 20:57 Email | Share | Bookmark
Tepung Pelita

 
 
Hari ni lom ada idea nak masak apa untuk berbuka, so surfing la fotopages yg byk resepi, kebetulan buka fotopages http://zakiahz.fotopages.com (Newbie who tries to cook!) terjumpa resepi Tepung Pelita ni..ini favret hubby ni..so print n cepat2 try buat..alhamdulillah mjadi, cuma topping dia tawar ckit coz kurang garam, tp kira ok la as a new cook and 1st try for this recipe..comment hubby "Good Try"..Thanks pada kzakiah coz letak recipe ni dlm FP akak...

Bahan-bahan ( 20 cups- bergantung pd saiz bekas )
• 1 cawan tepung beras
• 1 cawan gula
• 5 cawan air
• 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
• 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
• 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
• sedikit garam
• sedikit air kapur (aries omit)

Cara-cara membuat adunan yg warna hijau
1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

Cara-cara membuat adunan yg warna putih
1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
4. Sejukkan.

Klu ada yg nk try bole la..mmg sedap...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net